Tuesday, March 4, 2008

INFO UNTUK PEMILIK KERETA (BAHAGIAN PERTAMA)

TERUTAMANYA UNTUK ORANG POMPUAN RAMAI YANG TIDAK TAHU RUPANYA… BACALAH…

1. PASAL ‘TARIK’ KERETA

Sebenarkan pihak bank sendiri yang memberikan data-data (butir-butir pemilik kereta yg gagal jelaskan ‘installment’ bulanan kereta) kepada 'geng' tarik kereta ni..hanya dari dlm kereta dgn membawa laptop, mereka dpt 'trace' everything mana-mana kereta dgn hanya menaip no pendaftaran kereta.. seluruh Malaysia..menurut kawan saya yg buat part time jual kereta 2nd hand ni, sepatutnya bila installment kereta dah tertunggak 3 bulan 2 minggu baru lah bank boleh keluarkan surat tarik kereta tu.. kalau dah tertunggak 2 bulan lebih biasanya bank akan call atau hubungi kita..bila kereta dah kena tarik, ada tempoh 21 hari (3 minggu) sebelum kereta tersebut dijual secara public auction (lelongan awam). Boleh ambil balik kereta yg kena tarik tu dgn membayar kpd bank 2 atau 3 bulan installment yg tertunggak tu + ‘interest’ (bank akan kenakan faedah harian terhadap ‘installment’ kereta jika lewat membayar ; bank bumi 8% sehari) + duit upah tarik (biasanya RM500 - RM700) dan duit upah simpan kereta kat stor (RM10 - RM15) sehari..

kalau installment bulanan kereta anda tertunggak 3 bulan ++.. tiba-tiba anda terjumpa dgn ‘geng’ tarik kereta di jalanan, jangan panic.. pada peringkat ini anda sebenarnya masih boleh berunding dgn ‘geng’ tarik kereta ni.. tindakan anda..

i) minta dari mereka surat akuan dari bank yg menyatakan kereta anda telah tertunggak 3 bulan ++..
ii) biasanya mereka akan meminta anda mengikut mereka ke bank utk membayar 2 bulan duit installment kereta yg tertunggak & sedikit duit kopi utk mereka (biasanya RM250 – RM400)..
iii) sila telefon, minta la bantuan kecemasan 999 kat sapa2.. pinjam dulu duit kat mak cik pak cik @ sedara mara atau kawan2 office anda (jangan lupa bayar balik ; jangan malu utk bagitau keadaan anda sebenar..) Insyaallah kereta tu masih boleh diselamatkan..

2. SERVIS KERETA
Kpd orang pompuan, anda sebenarnya boleh menjimatkan duit anda masa servis kereta..
basic servis kereta adalah
i) penukaran minyak enjin + tukar penapis minyak
ii) cuci atau tukar penapis angin (air filter ; biasanya benda ni tahan lama.. 6 7 8 kali servis baru tukar sekali air filter ni)
iii) periksa & top up air bateri (kalau nak tukar bateri yg baru ambil jenis jenis Century ; bateri kereta Century air bateri lambat surut & bateri ni tahan lama)

Kos basic servis di workshop
Minyak enjin (20-50W) RM50 – 60 ++
Oil filter RM10-RM13
Top up battery water (biasanya free atau termasuk dlm labour charge)
Labour charge RM15 – RM 25

Kalau suruh kawan2 anda yg lelaki buat sendiri
(contoh kos servis sendiri utk kereta P. Wira)
Anda pergi beli sendiri benda2 ni kat kedai spare part
Minyak enjin (Castrol 20-50W) RM28 (Harga Jun 2006)
Penapis minyak/Oil filter jika jenis proton standard baru RM8 satu..
Andaikan air filter tak yah tukar (elok lagi)
Top up air bateri (air bateri RM1 – RM2 sebotol) boleh top up pakai balance air bateri kawan anda yg lelaki tu (free je) J
Labour charge – Belanja la kawan2 lelaki anda yg tolong servis kereta anda tu..

P/S : Bandingkan kos anda.. (sebab tu la orang pompuan kena berbaik2 dgn orang lelaki nie.. jangan dok jual mahal je)

3. TIMING BELT
Adalah mustahak timing belt ditukar setiap 60,000km (jenis proton standard, original protonparts).. kalau anda pakai jenis Mitsubishi boleh tahan sampai 100,000km (hati-hati, kat kedai sparepart ada jual timing belt jenis Mitsuboshi (brand tiruan @ cap ayam).. sekiranya timing belt enjin kereta anda kena air.. kena minyak enjin dgn banyak yg meresap melalui celah enjin (gasket enjin dah bocor), maka disarankan anda terus tukar timing belt kerana ketahanan getah tali ‘timing belt’ ini sudah berkurangan (tear & wear)..

Catatkan bacaan odometer reading di dashboard kereta anda supaya anda tahu bilakah perlu dilakukan pertukaran timing belt seterusnya. Contohnya sekiranya ‘clock’ odometer reading kereta anda mencatat kereta anda telah berjalan sejauh 165,433km maka pertukaran timing belt seterusnya perlu dilakukan apabila bacaan odometer kereta anda mencecah 225,433km.

Kegagalan untuk menukar timing belt pada masa yg disyorkan oleh mekanik boleh menyebabkan ianya putus di tengah jalan (apa lagi piston akan jammed, rod akan bengkok atau patah, blok enjin akan calar atau pecah..) duit anda akan terbang ratus2.. kena overhaul la jawabnya.. (kos baik pulih enjin kancil jika timing belt putus RM600++, Opel frontera RM2000 ++ (kos tukar timing belt Opel frontera ni baru RM400..)

Sampai sini dulu nnti aku tulis lagi.. sekian semoga bermanfaat..

P/S : Kos servis kereta di workshop sudah naik skrg ni. Harga minyak enjin di kedai sparepart juga sudah naik skrg ni. Berhati-hati membeli atau menyerbis kereta kesayangan anda… skrg ni ada kedai sparepart dan workshop membuat onar dgn menjual / menggunakan minyak enjin terpakai.. akibatnya enjin kereta anda akan kaput dlm tempuh 2 minggu.

No comments: