Wednesday, March 5, 2008

Info Untuk Pemilik Kereta (Bahagian Ke 2)

Info untuk pemilik kereta bahagian ke 2 (berguna ni terutamanya untuk org pompuan..)


Suatu hari anda mengeluh, “Eh, kenapa kereta aku rasa berat semacam je ni?”. Setelah beberapa hari memandu, anda berasa tidak puashati dengan prestasi kereta anda. Lantas anda mengambil keputusan untuk membawa kereta anda ke bengkel dan bertanya kepada mekanik. “Oh, enjin kereta cik ni dah teruk. Nak kena buat full overhaul ni!”, jawab mekanik di bengkel membaiki kereta tersebut bersungguh-sungguh. ”Berapa kos untuk baiki enjin kereta saya ni bang?” ”Semua nak tukar barang-barang dalam enjin yang dah haus ganti dengan yang baru campur upah lebih kurang 900 hingga 1000 ringgit la..”. AWAS, Jangan tertipu! Jika anda memandu dengan cermat dan membuat penyelenggaraan kereta anda secara berkala (servis / tukar minyak enjin bila sudah sampai masanya), enjin kereta anda boleh tahan 10 hingga 15 tahun.

Sebab-sebab anda merasakan kereta anda seolah-olah menjadi berat..
jangka hayat palam pencucuh (spark plug) sudah tamat (tukar setiap 30,000km atau setahun sekali)*
tepet dalam locker enjin telah lari dari setting asal – buat pelarasan tepet setiap 1 tahun 6 bulan (jika kereta digunakan setiap hari untuk perjalanan jarak jauh) hingga 2 tahun sekali
penapis minyak petrol (petrol oil filter) tersumbat [minyak tidak dapat flow dengan lancar ke sistem pembakaran enjin (kaburator / suntikan minyak)] – setiap kali anda menukar timing belt, tukar penapis minyak petrol ini sekali.
Penapis angin (air filter) penuh dgn habuk / debu. Cuci atau tukar air filter ni.
enapan karbon yang berlaku di dalam sistem pembakaran enjin telah banyak – cuci karbon setiap 2 tahun sekali (boleh buat di pusat Proton Servis atau gunakan Professor rujuk laman web En Azmi - http://www.oilyman.com.my
brek cakera (disc brake) kereta anda tersangkut ; akibat sistem brek yang tidak pernah diperiksa & diservis - biasanya berlaku kejadian piston brek melekat (brake piston tak release balik disc brake selepas kita menekan brek). Pandu kereta perlahan-lahan (gunakan gear 1 atau gear 2) & anda boleh mendengar bunyi disc brake tersangkut / bergesel ini. Tukar minyak brek setiap 3 atau 4 tahun, brek pad tukar bila dah nak habis. **
bearing roda @ tayar kereta anda telah rosak. (untuk kereta proton bearing roda kereta akan mula buat hal selepas 8 – 10 tahun usia kereta). Bunyi bising (berdengung) akibat kerosakan bearing roda kereta anda akan kedengaran bila anda memandu pada kelajuan 80km ke atas.
minyak kotak gear (gear box oil) sudah sampai masa, tukar setiap 2 hingga 3 tahun [plat klac (clutch plate) tukar setiap 3 tahun sekali].
tekanan angin dalam tayar kereta anda tidak mencukupi.
Timing belt dan belting luar (tali sawat/kipas yang memusingkan ’fan’, ’alternator kereta anda menjadi terlalu ketat. Periksa dan buat pelarasan timing belt atau belting luar ini semula (tanda belting luar terlalu ketat diketahui sewaktu menghidupkan enjin ; ada bunyi berdencit yg kedengaran).
timing enjin kereta anda terlalu rendah atau telah lari dari setting asal. Buat pelarasan timing enjin kereta anda semula.
mungkin berlaku masalah kerosakan di distributor. Periksa sekiranya terdapat kerosakan pada coil distributor kereta anda.
Bateri kereta anda sudah sampai masanya (perlu ditukar). Jangkahayat bateri biasanya lebih kurang dlm 2 tahun.

Cerita Pasal Nak ’Lowered’ Kan (Bagi Rendah) Kereta Tukar Adjustable Absorber & Sport Spring.
Untuk kereta proton, jangka hayat sistem suspensi (gantungan) strut absorber (batang penyerap hentak) dan gelung spring adalah sehingga 5 hingga 7 tahun.. Ramai di antara kita akan memilih untuk menukar kepada jenis adjustable absorber (penyerap hentak jenis boleh laras contohnya jenama GAB), harga memang mahal.. atau bertukar kepada sport spring (contohnya jenama kimex). Setelah menukar penyerap hentak & gelung spring, ramai antara kita yang tidak berpuashati [rasa lagi keras lah, kereta terasa seperti bumpy (melompat-lompat), lalu kat bonggol tak lepas, tidak selesalah] & akhirnya kembali memakai penyerap hentak & gelung spring proton standard. Untuk mendapatkan set up yang terbaik untuk kereta anda, saya mengesyorkan anda bertanya kepada pakar En Rosli Smart Suspension 019-2309961, kedai En Rosli di Senawang. (Benda mcm absorbers dan spring ni kalau nak standard je elok pakai yg original protonpart. Tukar absorber jenis minyak, kalau jenis gas cepat jadi keras (3 tahun ++ saja).

P/S : * Kalau banyak duit tukar palam pencucuh jenis NGK G-Power - http://www.ngksparkplugs.com/products/spark_plugs/gpower.asp (harga mahal sikit).
Spark plug jenama Bosch Super 4 tidak disyorkan (pengalaman saya sendiri sudah pakai spark plug Bosch Super 4, lama kelamaan prestasi enjin lagi teruk).

** jika lampu isyarat amaran ( ! ) menyala walaupun anda telah melepaskan brek tangan, ini menunjukan minyak brek kereta anda telah berkurangan. Bawa ke bengkel untuk memeriksa kebocoran salur minyak pada sistem brek kereta anda.

Sekian untuk kali ini nnti saya tulis lagi..

No comments: