Thursday, March 6, 2008

Info Untuk Pemilik Kereta - Bahagian Ke - 5

Info untuk pemilik kereta bahagian ke 5

Untuk pemilik kereta dengan sistem gear AUTO, supaya sistem gear auto kereta kesayangan anda tahan lama setiap pagi @ selepas kereta tak jalan dlm 6-7 jam, (semasa tgh panas enjin) kita kena masukkan gear R, N, D, 2, 3 setiapnya dlm 2-3 saat (dlm keadaan brek).

Lepas tu utk gear 1 atau L, masukkan dlm 3 saat.

Tips ini utk panjangkan hayat sistem gear kereta auto... selain itu ‘exercise’ ini bertujuan utk mengelakkan sistem gear berbunyi "tak tak tak" selepas setahun. (sumber - Ir. Mat Dalip, enginia JPJ yg slalu keluaq dlm radio KLFM setiap hari Isnin pukui 2.30 ptg

Jika saudara/saudari ada sebarang pertanyaan berkenaan masalah kereta e-melkan ke Syahril_riz @ yahoo . com Insyaallah jika berkesempatan saya akan balas.

Info Untuk Pemilik Kereta – BAHAGIAN 4 (Edisi Aidilfitri 1428 Hijrah)

Info Untuk Pemilik Kereta – BAHAGIAN 4 (Edisi Aidilfitri 1428 Hijrah)
BAGUS BACA NI.. BERGUNA TERUTAMANYA KPD ORG POMPUAN

asslmkum wrb & slmt berpuasa saya ucapkan kpd kawan-kawan semua.. Sedar tak sedar kita sudah berada di bulan Ramadan 1428H..

Saya sambung lagi artikel saya berkenaan penjagaan / penyelenggaraan kereta dan kini telah sampai bahagian ke 4.. Syukur Alhamdulillah kerana saya dpt menghantar artikel ini sbg maklumat dan panduan kawan-kawan semua.. Tak lama lagi ramai antara kita nak drive balik kampungkan..

SERVIS AIRCOND KERETA
Tahukah anda bahawa selain bahagian enjin kereta aircond atau penyaman udara kereta anda perlu diperiksa dan diservis setiap 2 hingga 3 tahun sekali.. Mungkin ada yang tidak tahu atau tidak pernah langsung menyelenggara aircond kereta kesayangan sejak dibeli 5 tahun lalu.. Tahu bila start enjin, on aircond & drive..

Apa yang pomen buat masa servis aircond kereta tu?
1. memeriksa kandungan gas aircond.. kalau sudah kurang perlu ditambah (Jenis gas aircond kereta yang diluluskan oleh Jab Alam Sekitar ialah R134 / R134A
2. cuci / bersihkan kekotoran dan habuk-habuk yang terdapat pada bahagian-bahagian aircond (spt cooling coil dsb)
3. memeriksa aircond compressor, tabung gas aircond - masih ok atau terdapat sebarang kebocoran
4. motor kipas aircond (aircond fan radiator) - masih berfungsi dgn baik atau sudah 'kong'

tanda-tanda aircond kereta perlu diperiksa / diservis
1. bila ON aircond enjin kereta terasa 'berat' (bukan berat sikit tetapi berat banyak)
2. bila ON aircond sekejap sejuk sekejap tak sejuk
3. bila ON aircond aircond fan radiator sudah berpusing dengan perlahan (tidak laju) atau kipas itu tidak berpusing langsung

biasanya selepas servis aircond ni kereta anda akan lebih fresh.. enjin pun ringan (masa on aircond)..

kos servis
kalau semua bahagian dlm keadaan baik cuma bersihkan habuk-habuk + tambah gas yang sudah berkurangan = tak sampai seratus pun. Kalau ada part yang perlu ditukar seperti motor aircond fan radiator, cooling coil atau terdapat kebocoran siap la ratus-ratus.. Kalau part2 semua dah out, memang kena tukar seketul (pakai aircond denso baru la) - tukar baru dlm 450 ++

Kadang-kadang selepas servis aircond enjin kereta anda menjadi berat (pickup lambat). Sekiranya keadaan ini berlaku, buat pelarasan timing enjin semula.

kedai yang dicadangkan untuk servis aircond keretaHENG WA AIR-COND SERVICE CENTRE 3003, Jalan Tun Razak,50400 KLTel : 019 2136170 / 03 26980254
review pasal kedai servis aircond kereta ni http://www.protonclub.com/forumproccv6/viewtopic.php?t=816


Saya sebenarnya tidaklah pandai sangat pasal kereta ini.. Insyaallah sekadar apa yg saya tahu saya akan kongsikan dengan kawan-kawan semua.. di bulan yg mulia ini ambillah kesempatan utk menambah amal ibadah perbanyakkan sadaqah serta berlumba-lumbalah kita utk melakukan kebaikan kpd setiap makhluk Allah..

Wednesday, March 5, 2008

Info Untuk Pemilik Kereta – BAHAGIAN KE 3

Info Untuk Pemilik Kereta – BAHAGIAN KE 3

Masalah enjin 'knoking’
Pernahkan anda mengalami keadaan enjin yg seolah-olah kehilangan tenaga seketika (1 – 1½ saat) semasa membuat pertukaran gear (bagi kereta manual) dan menekan pedal minyak untuk memecut semula. Semasa keadaan ini berlaku, kedengaran bunyi 'knoking’ dari enjin.

Jangan bimbang. Kereta anda tidak rosak apa-apa. Apa yg perlu anda lakukan ialah membawa kereta anda ke bengkel dan adjust (buat pelarasan) distributor - selalunya adjust distributor ni free je, atau anda akan dikenakan sedikit labour charge (RM5-RM15). Sekiranya anda telah beberapa kali adjust distributor tetapi masalah ini masalah berlaku, mungkin terdapat kerosakan pada coil di dalam distributor dan anda perlu periksa dan menukar coil tersebut.

Sekian untuk kali ini Insyaallah ada masa nnti saya tulis lagi.

Info Untuk Pemilik Kereta (Bahagian Ke 2)

Info untuk pemilik kereta bahagian ke 2 (berguna ni terutamanya untuk org pompuan..)


Suatu hari anda mengeluh, “Eh, kenapa kereta aku rasa berat semacam je ni?”. Setelah beberapa hari memandu, anda berasa tidak puashati dengan prestasi kereta anda. Lantas anda mengambil keputusan untuk membawa kereta anda ke bengkel dan bertanya kepada mekanik. “Oh, enjin kereta cik ni dah teruk. Nak kena buat full overhaul ni!”, jawab mekanik di bengkel membaiki kereta tersebut bersungguh-sungguh. ”Berapa kos untuk baiki enjin kereta saya ni bang?” ”Semua nak tukar barang-barang dalam enjin yang dah haus ganti dengan yang baru campur upah lebih kurang 900 hingga 1000 ringgit la..”. AWAS, Jangan tertipu! Jika anda memandu dengan cermat dan membuat penyelenggaraan kereta anda secara berkala (servis / tukar minyak enjin bila sudah sampai masanya), enjin kereta anda boleh tahan 10 hingga 15 tahun.

Sebab-sebab anda merasakan kereta anda seolah-olah menjadi berat..
jangka hayat palam pencucuh (spark plug) sudah tamat (tukar setiap 30,000km atau setahun sekali)*
tepet dalam locker enjin telah lari dari setting asal – buat pelarasan tepet setiap 1 tahun 6 bulan (jika kereta digunakan setiap hari untuk perjalanan jarak jauh) hingga 2 tahun sekali
penapis minyak petrol (petrol oil filter) tersumbat [minyak tidak dapat flow dengan lancar ke sistem pembakaran enjin (kaburator / suntikan minyak)] – setiap kali anda menukar timing belt, tukar penapis minyak petrol ini sekali.
Penapis angin (air filter) penuh dgn habuk / debu. Cuci atau tukar air filter ni.
enapan karbon yang berlaku di dalam sistem pembakaran enjin telah banyak – cuci karbon setiap 2 tahun sekali (boleh buat di pusat Proton Servis atau gunakan Professor rujuk laman web En Azmi - http://www.oilyman.com.my
brek cakera (disc brake) kereta anda tersangkut ; akibat sistem brek yang tidak pernah diperiksa & diservis - biasanya berlaku kejadian piston brek melekat (brake piston tak release balik disc brake selepas kita menekan brek). Pandu kereta perlahan-lahan (gunakan gear 1 atau gear 2) & anda boleh mendengar bunyi disc brake tersangkut / bergesel ini. Tukar minyak brek setiap 3 atau 4 tahun, brek pad tukar bila dah nak habis. **
bearing roda @ tayar kereta anda telah rosak. (untuk kereta proton bearing roda kereta akan mula buat hal selepas 8 – 10 tahun usia kereta). Bunyi bising (berdengung) akibat kerosakan bearing roda kereta anda akan kedengaran bila anda memandu pada kelajuan 80km ke atas.
minyak kotak gear (gear box oil) sudah sampai masa, tukar setiap 2 hingga 3 tahun [plat klac (clutch plate) tukar setiap 3 tahun sekali].
tekanan angin dalam tayar kereta anda tidak mencukupi.
Timing belt dan belting luar (tali sawat/kipas yang memusingkan ’fan’, ’alternator kereta anda menjadi terlalu ketat. Periksa dan buat pelarasan timing belt atau belting luar ini semula (tanda belting luar terlalu ketat diketahui sewaktu menghidupkan enjin ; ada bunyi berdencit yg kedengaran).
timing enjin kereta anda terlalu rendah atau telah lari dari setting asal. Buat pelarasan timing enjin kereta anda semula.
mungkin berlaku masalah kerosakan di distributor. Periksa sekiranya terdapat kerosakan pada coil distributor kereta anda.
Bateri kereta anda sudah sampai masanya (perlu ditukar). Jangkahayat bateri biasanya lebih kurang dlm 2 tahun.

Cerita Pasal Nak ’Lowered’ Kan (Bagi Rendah) Kereta Tukar Adjustable Absorber & Sport Spring.
Untuk kereta proton, jangka hayat sistem suspensi (gantungan) strut absorber (batang penyerap hentak) dan gelung spring adalah sehingga 5 hingga 7 tahun.. Ramai di antara kita akan memilih untuk menukar kepada jenis adjustable absorber (penyerap hentak jenis boleh laras contohnya jenama GAB), harga memang mahal.. atau bertukar kepada sport spring (contohnya jenama kimex). Setelah menukar penyerap hentak & gelung spring, ramai antara kita yang tidak berpuashati [rasa lagi keras lah, kereta terasa seperti bumpy (melompat-lompat), lalu kat bonggol tak lepas, tidak selesalah] & akhirnya kembali memakai penyerap hentak & gelung spring proton standard. Untuk mendapatkan set up yang terbaik untuk kereta anda, saya mengesyorkan anda bertanya kepada pakar En Rosli Smart Suspension 019-2309961, kedai En Rosli di Senawang. (Benda mcm absorbers dan spring ni kalau nak standard je elok pakai yg original protonpart. Tukar absorber jenis minyak, kalau jenis gas cepat jadi keras (3 tahun ++ saja).

P/S : * Kalau banyak duit tukar palam pencucuh jenis NGK G-Power - http://www.ngksparkplugs.com/products/spark_plugs/gpower.asp (harga mahal sikit).
Spark plug jenama Bosch Super 4 tidak disyorkan (pengalaman saya sendiri sudah pakai spark plug Bosch Super 4, lama kelamaan prestasi enjin lagi teruk).

** jika lampu isyarat amaran ( ! ) menyala walaupun anda telah melepaskan brek tangan, ini menunjukan minyak brek kereta anda telah berkurangan. Bawa ke bengkel untuk memeriksa kebocoran salur minyak pada sistem brek kereta anda.

Sekian untuk kali ini nnti saya tulis lagi..

Tuesday, March 4, 2008

INFO UNTUK PEMILIK KERETA (BAHAGIAN PERTAMA)

TERUTAMANYA UNTUK ORANG POMPUAN RAMAI YANG TIDAK TAHU RUPANYA… BACALAH…

1. PASAL ‘TARIK’ KERETA

Sebenarkan pihak bank sendiri yang memberikan data-data (butir-butir pemilik kereta yg gagal jelaskan ‘installment’ bulanan kereta) kepada 'geng' tarik kereta ni..hanya dari dlm kereta dgn membawa laptop, mereka dpt 'trace' everything mana-mana kereta dgn hanya menaip no pendaftaran kereta.. seluruh Malaysia..menurut kawan saya yg buat part time jual kereta 2nd hand ni, sepatutnya bila installment kereta dah tertunggak 3 bulan 2 minggu baru lah bank boleh keluarkan surat tarik kereta tu.. kalau dah tertunggak 2 bulan lebih biasanya bank akan call atau hubungi kita..bila kereta dah kena tarik, ada tempoh 21 hari (3 minggu) sebelum kereta tersebut dijual secara public auction (lelongan awam). Boleh ambil balik kereta yg kena tarik tu dgn membayar kpd bank 2 atau 3 bulan installment yg tertunggak tu + ‘interest’ (bank akan kenakan faedah harian terhadap ‘installment’ kereta jika lewat membayar ; bank bumi 8% sehari) + duit upah tarik (biasanya RM500 - RM700) dan duit upah simpan kereta kat stor (RM10 - RM15) sehari..

kalau installment bulanan kereta anda tertunggak 3 bulan ++.. tiba-tiba anda terjumpa dgn ‘geng’ tarik kereta di jalanan, jangan panic.. pada peringkat ini anda sebenarnya masih boleh berunding dgn ‘geng’ tarik kereta ni.. tindakan anda..

i) minta dari mereka surat akuan dari bank yg menyatakan kereta anda telah tertunggak 3 bulan ++..
ii) biasanya mereka akan meminta anda mengikut mereka ke bank utk membayar 2 bulan duit installment kereta yg tertunggak & sedikit duit kopi utk mereka (biasanya RM250 – RM400)..
iii) sila telefon, minta la bantuan kecemasan 999 kat sapa2.. pinjam dulu duit kat mak cik pak cik @ sedara mara atau kawan2 office anda (jangan lupa bayar balik ; jangan malu utk bagitau keadaan anda sebenar..) Insyaallah kereta tu masih boleh diselamatkan..

2. SERVIS KERETA
Kpd orang pompuan, anda sebenarnya boleh menjimatkan duit anda masa servis kereta..
basic servis kereta adalah
i) penukaran minyak enjin + tukar penapis minyak
ii) cuci atau tukar penapis angin (air filter ; biasanya benda ni tahan lama.. 6 7 8 kali servis baru tukar sekali air filter ni)
iii) periksa & top up air bateri (kalau nak tukar bateri yg baru ambil jenis jenis Century ; bateri kereta Century air bateri lambat surut & bateri ni tahan lama)

Kos basic servis di workshop
Minyak enjin (20-50W) RM50 – 60 ++
Oil filter RM10-RM13
Top up battery water (biasanya free atau termasuk dlm labour charge)
Labour charge RM15 – RM 25

Kalau suruh kawan2 anda yg lelaki buat sendiri
(contoh kos servis sendiri utk kereta P. Wira)
Anda pergi beli sendiri benda2 ni kat kedai spare part
Minyak enjin (Castrol 20-50W) RM28 (Harga Jun 2006)
Penapis minyak/Oil filter jika jenis proton standard baru RM8 satu..
Andaikan air filter tak yah tukar (elok lagi)
Top up air bateri (air bateri RM1 – RM2 sebotol) boleh top up pakai balance air bateri kawan anda yg lelaki tu (free je) J
Labour charge – Belanja la kawan2 lelaki anda yg tolong servis kereta anda tu..

P/S : Bandingkan kos anda.. (sebab tu la orang pompuan kena berbaik2 dgn orang lelaki nie.. jangan dok jual mahal je)

3. TIMING BELT
Adalah mustahak timing belt ditukar setiap 60,000km (jenis proton standard, original protonparts).. kalau anda pakai jenis Mitsubishi boleh tahan sampai 100,000km (hati-hati, kat kedai sparepart ada jual timing belt jenis Mitsuboshi (brand tiruan @ cap ayam).. sekiranya timing belt enjin kereta anda kena air.. kena minyak enjin dgn banyak yg meresap melalui celah enjin (gasket enjin dah bocor), maka disarankan anda terus tukar timing belt kerana ketahanan getah tali ‘timing belt’ ini sudah berkurangan (tear & wear)..

Catatkan bacaan odometer reading di dashboard kereta anda supaya anda tahu bilakah perlu dilakukan pertukaran timing belt seterusnya. Contohnya sekiranya ‘clock’ odometer reading kereta anda mencatat kereta anda telah berjalan sejauh 165,433km maka pertukaran timing belt seterusnya perlu dilakukan apabila bacaan odometer kereta anda mencecah 225,433km.

Kegagalan untuk menukar timing belt pada masa yg disyorkan oleh mekanik boleh menyebabkan ianya putus di tengah jalan (apa lagi piston akan jammed, rod akan bengkok atau patah, blok enjin akan calar atau pecah..) duit anda akan terbang ratus2.. kena overhaul la jawabnya.. (kos baik pulih enjin kancil jika timing belt putus RM600++, Opel frontera RM2000 ++ (kos tukar timing belt Opel frontera ni baru RM400..)

Sampai sini dulu nnti aku tulis lagi.. sekian semoga bermanfaat..

P/S : Kos servis kereta di workshop sudah naik skrg ni. Harga minyak enjin di kedai sparepart juga sudah naik skrg ni. Berhati-hati membeli atau menyerbis kereta kesayangan anda… skrg ni ada kedai sparepart dan workshop membuat onar dgn menjual / menggunakan minyak enjin terpakai.. akibatnya enjin kereta anda akan kaput dlm tempuh 2 minggu.